LAMAN UTAMA

Anda bercita-cita nak bermain golf, tetapi tidak kenal siapa yang boleh menunjuk ajar secara profesional? Nak harapkan kawan…. kawan pun dua kali lima. Nak belajar dari Youtube, bila nak pandai?

Anda ingin bermain golf tetapi rasa malu yang teramat sangat sebab selalu pukul bola golf tak naik dan yang lebih malang, jangan harapkan bola golf tu nak naik….pukul pun tak kena. Lebih banyak pukul ‘angin’, ‘rumput’ dan ‘tanah’ daripada pukul bola golf. Sangat menyedihkan.

Anda seorang eksekutif / pengurus / kontraktor / pemilik perniagaan yang selalu berurusan dengan klien dan bercadang untuk bermain golf dengan klien sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak menolong dan menyokong perniagaan anda selama ini?

Anda masih tercari-cari dan belum berjumpa dengan ‘seseorang’ yang dapat menunjuk ajar selok belok bermain golf secara profesional?

Jika anda mempunyai salah satu masalah di atas, mulai sekarang, anda tidak perlu risau lagi. Saya ulang…… Cukuplah! Tak payah nak pening kepala lagi. Ini adalah kerana masalah anda akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi. Ada cara yang tepat dan cepat untuk mengatasi masalah di atas. Dengan syarat anda sanggup mengeluarkan sedikit pelaburan untuk belajar. Itu saja!

Dan yang paling menarik, anda akan dapat belajar bermain golf dari peringkat asas dengan harga yuran yang paling murah tak masuk akal dan tak pernah dibuat orang.

Ia ibarat durian runtuh dan mimpi yang menjadi kenyataan. Apakan tidak, anda akan berpeluang untuk mempelajari ilmu bermain golf dari seorang Pro yang sangat berpengalaman di dalam sukan yang berprestij ini dengan harga yuran yang sangat berbaloi. Bak kata Mat Saleh…….’Value For Money’

Pro ni dah melatih beratus-ratus “Beginners” belajar bermain golf dan tak lokek ilmu tau! Memang rugi sangat siapa yang tidak berguru dengan beliau. Betul! Saya tau sangat…. sebab saya pun merupakan anak didik beliau dan sangat rapat dengan Pro ni. Masa belajar nanti…. jangan lupa korek ilmu banyak-banyak dari Pro ni tau!

Kalau anda dapat menyerap ilmu yang diajar dengan cepat, nanti Pro akan ajak main golf dalam padang. Baru best! Takkan selama-lamanya nak main di driving range aje. Betul tak? Cakap aje nak yang padang golf 18 lubang. Nak yang padang golf 36 lubang. Semua boleh!


MENGENAI KAMI

AkademiGolf.com merupakan entiti milik penuh Al Amin Consultancy & Services yang menjalankan perniagaan khidmat nasihat perniagaan, latihan dan konsultansi yang diasaskan oleh En. Mohd Amin Hj Jumberi.

Beliau juga merupakan CEO & Founder Al Amin E Commerce yang terlibat di dalam perniagaan internet dan telah banyak mendapat tunjuk ajar dari Sifu Irfan Khairi (IK), Jutawan Internet No.1 Malaysia dan merupakan seorang Pengamal Perubatan & Pengubatan Islam (Darussyifa’) yang telah diijazahkan Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam oleh Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners. Now Everyone Can Play Golf ini direkabentuk supaya anda dapat meneroka semua aspek permainan golf di dalam persekitaran yang merilekskan.

Kursus asas bermain golf ini akan diadakan secara berkumpulan supaya anda dapat membina keyakinan di dalam permainan golf dan diakhir kursus ini, peserta akan dapat memahami ‘Rules & Etiquette’ di dalam permainan golf.

Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu / Ahad terpilih setiap bulan di beberapa buah Kelab Golf terkemuka di Selangor.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengikuti kursus asas bermain golf ini dan akan ditandatangani oleh CEO & Founder Al Amin Consultancy & Services yang juga Founder Akademi Golf Dot Com.


TENAGA PENGAJAR PROFESIONAL

Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners, Now Everyone Can Play Golf ini akan dikendalikan oleh seorang Golf Instructor yang sangat berpengalaman di dalam sukan Golf iaitu Pro Shamsul Anuar Bin Mohamad yang merupakan Certified Golf Instructor, Malaysia dan merupakan Mr. Paul Foley Golf Profesional Instructor Member Australian PGA.

Beliau telah memulakan kerjaya di dalam sukan golf ini sejak tahun 1978 lagi dengan bermula sebagai Caddy sehingga tahun 1986.

Pada tahun 1986–1992 beliau bermain golf untuk Majlis Sukan Negara (MSN). Mulai tahun 1993–2001 beliau telah berkhidmat sebagai Golf Supervisor di Sungai Long Golf & Country Club. Seterusnya dari tahun 2001-2007 beliau telah berkhidmat sebagai Golf Instructor di Setapak Golf Range, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2008 beliau telah mendapat tawaran berkhidmat di Seremban International Golf Club sebagai Director Of Golf Academy sehingga tahun 2010.

Bermula tahun 2011 beliau terus mencurahkan ilmu dan bakat yang dimiliki kepada peminat golf peringkat “Beginner” di Setapak Golf Range, Kuala Lumpur sehinggalah ianya ditutup pada hujung tahun 2016 dan sekarang Pro Shamsul terus mendidik anak muridnya dengan tanpa jemu di beberapa buah Kelab Golf terkemuka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


KURSUS ASAS BERMAIN GOLF

Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners, Now Everyone Can Play Golf ini terbuka kepada lelaki dan wanita yang ingin belajar selok-belok permainan golf dari peringkat asas.

Kursus ini akan diadakan di beberapa buah Kelab Golf terkemuka di Selangor.

Yuran penyertaan HANYA RM200 SAHAJA. Setiap peserta yang mendaftar kursus ini akan mendapat:-

  • Bimbingan intensif bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Anda boleh pilih tarikh yang sesuai dengan anda untuk mengikuti kursus ini. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada kekosongan slot yang ada.
  • PERCUMA 100 biji bola golf untuk latihan pukulan (jika perlu, bola golf tambahan boleh dibeli sendiri oleh peserta semasa kursus).
  • PERCUMA 1 botol air mineral/minuman.

Peserta yang mendaftar awal berpeluang untuk memiliki T-Shirt Dan Topi Ekslusif Akademi Golf.com dengan tawaran harga istimewa.

Tidak perlu risau jika anda masih belum memiliki set golf kerana ia akan disediakan oleh pihak penganjur.

Di dalam kursus ini, para peserta akan didedahkan dengan:-

  • Pengenalan peralatan golf
  • Teknik asas memukul bola golf dengan iron
  • Teknik asas memukul bola golf dengan wood
  • Teknik asas memukul bola golf dengan driver
  • Cara untuk memegang club dengan betul
  • Teknik pukulan rahsia supaya bola golf naik tinggi
  • Teknik “Swing” yang membolehkan bola pergi jauh dengan laju
  • Tee Up
  • Pitching
  • Chipping
  • Putting
  • Bunker
  • Dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata kursus ini akan memberikan anda satu pengalaman baru yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang hayat anda.

Dengan melengkapkan kursus selama satu hari ini, para peserta sudah boleh bermain dengan baik di padang golf.

Para peserta yang ingin mengikuti kursus ini boleh menghubungi pihak kami untuk memilih tarikh dan masa untuk mengikuti kursus.

Pihak kami mengalu-alukan penyertaan secara berkumpulan dari warga kerja syarikat korporat, agensi kerajaan, badan berkanun, ahli pertubuhan, persatuan, institusi pengajian tinggi, kolej, sekolah dan sebagainya.

Tempat adalah TERHAD. Buat keputusan SEGERA dengan KLIK ikon “Daftar Sekarang” di bawah untuk menjadi peserta Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners, Now Everyone Can Play Golf. Anda pasti tidak akan menyesal.


DAFTAR SEKARANG

TAHNIAH…. jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi peserta Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners, Now Everyone Can Play Golf.

Untuk mendaftar, sila buat pembayaran sebanyak RM200 SAHAJA (Dua Ratus Ringgit Sahaja) ke dalam akaun Maybank yang tertera di bawah:-

AL AMIN CONSULTANCY & SERVICES

No. Akaun: 5642 0350 5613

PENTING: Setelah anda membuat pembayaran, sila WhatsApp slip bank in @ bukti pembayaran ke  talian HOTLINE 011-12762166.

Sila WhatsApp juga maklumat seperti di bawah untuk melancarkan lagi proses pendaftaran.

  • Nama Penuh (Untuk sijil penyertaan)
  • MyKad (Untuk sijil penyertaan)
  • Tarikh Kursus
  • Alamat
  • Telefon
  • E-mail
  • Umur
  • Pekerjaan

Untuk memudahkan anda membuat pembayaran pendaftaran, pihak kami juga menyediakan platform pembayaran menggunakan kad kredit/debit dan FPX (perbankan internet). Sila KLIK pada gambar di bawah jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit/debit atau FPX.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kursus Asas Bermain GolfGolf For Beginners, Now Everyone Can Play Golf, sila WhatsApp ke talian HOTLINE 011-12762166.