MENGENAI KAMI

AkademiGolf.com merupakan entiti milik penuh Al Amin Consultancy & Services yang menjalankan perniagaan khidmat nasihat perniagaan, latihan dan konsultansi yang diasaskan oleh En. Mohd Amin Hj Jumberi.

Beliau juga merupakan CEO & Founder Al Amin E Commerce yang terlibat di dalam perniagaan internet dan telah banyak mendapat tunjuk ajar dari Sifu Irfan Khairi (IK) Jutawan Internet No.1 Malaysia dan merupakan seorang Pengamal Perubatan & Pengubatan Islam (Darussyifa’) yang telah diijazahkan Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam oleh Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Kursus Asas Bermain Golf –Golf For Beginners. Now Everyone Can Play Golf ini direkabentuk supaya anda dapat meneroka semua aspek permainan golf di dalam persekitaran yang merilekskan.

Kursus asas bermain golf ini akan diadakan secara berkumpulan supaya anda dapat membina keyakinan di dalam permainan golf dan diakhir kursus ini, peserta akan dapat memahami ‘Rules & Etiquette’ di dalam permainan golf.

Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu / Ahad terpilih setiap bulan di beberapa buah Kelab Golf terkemuka di Selangor.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengikuti kursus asas bermain golf ini dan akan ditandatangani oleh CEO & Founder Al Amin Consultancy & Services yang juga Founder Akademi Golf Dot Com.